ROPE Program

Recognition of Past Experiences

 

EKSKLUSIF UNTUK PARA PEKERJA INDUSTRI / SWASTA DENGAN KEPUTUSAN HANYA LULUS SPM ATAU TIADA SPM

Tingkatkan kelayakan akademik, keyakinan, kemampuan dan kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi

Apakah SPM yang dikategorikan berpencapaian rendah? 

Jika anda mendapat keputusan SPM di bawah 5 kredit iaitu maksimum 4 mata pelajaran sahaja yang mendapat keputusan C ke atas, maka ia dikategorikan sebagai kelulusan SPM berpencapaian rendah dan tidak layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti melalui aliran perdana (UPU), dan tidak layak juga mendapat tempat untuk pengajian diploma aliran perdana kerana syarat am ialah 5 kredit. 

Begitu juga dengan universiti swasta juga memerlukan minimum 5 kredit dan majoriti pengajian diploma peringkat kolej aliran perdana juga memerlukan 5 kredit. Hanya beberapa kolej swasta sahaja menawarkan kelulusan 3 kredit peringkat diploma bergantung kepada kursus yg ditawarkan. 

Oleh itu adakah peluang untuk anda  menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi di di Universiti telah tertutup?

Kini, sekiranya anda ingin memohon melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara separuh masa bagi mereka yang tiada kelayakan SPM yang secukupnya tetapi anda mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun, anda boleh mengunakan 3 laluan ini.

  1. APEL daripada MQA – sila rujuk laman sesawang https://www2.mqa.gov.my/apel/
  2. Laluan Program ROPE
  3. Program Professional / Eksekutif

 

Laluan Program ROPE – UMP KOMPETEN

Apa itu ROPE?

ROPE (Recognition of Past Experiences) iaitu Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu 

ROPE didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Secara umumnya, proses ROPE melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman yang boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk pengalaman kerja, kursus dan seminar dihadiri, kemahiran yang dimiliki serta anugerah yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan.

ROPE-UMP Kompeten diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi program Profesional/Eksekutif dengan menggunakan pengalaman terdahulu untuk memenuhi syarat kemasukan pengajian.

ROPE-UMP Kompeten menggalakkan seseorang individu terutama daripada kalangan industri / swasta untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama memberi peluang untuk perkembangan kerjaya semasa.

Kemasukan melalui ROPE-UMP Kompeten membolehkan anda meneruskan pengajian di Universiti Awam ke peringkat seperti di bawah:

Syarat permohonan ROPE-UMP Kompeten

  • Tidak lulus SPM atau Tiada SPM

Laluan Program Profesional / Eksekutif

Program ini tidak tertakluk di bawah badan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA). Program Professional ini adalah Program Terminal yang bermaksud ianya tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian di aliran perdana. Walaubagaimanapun, ia adalah program yang dirancang dengan kurikulum yang sangat rapi dan teliti selaras dengan perkembangan semasa dalam industri / swasta serta mempunyai laluan pendidikan yang tersendiri hingga ke peringkat lebih tinggi. Pengiktirafan bagi program ini dianugerahkan oleh Universiti Awam terbaik di Malaysia. Ia membolehkan anda meneruskan pengajian ke peringkat seperti di bawah:

Program ini dibangunkan terutamanya untuk Pekerja Industri / Swasta: 

  • Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025) Pengajian Tinggi Negara Lonjakan ke-3 iaitu Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan hasrat kerajaan Malaysia dalam pembangunan Modal Insan. 
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu inisiatif mentransformasikan rakyat Malaysia dalam usaha mempersiapkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
  • Agenda PSH telah diketengahkan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) melalui Teras Strategik 3 yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong peralihan semua sektor kepada aktiviti berintensifkan pengetahuan.

Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMKe-11), PSH dinyatakan melalui Teras Strategik 4 iaitu Memperkasa Modal Insan untuk negara maju.

 

  • Pembangunan modal insan dalam menghadapi pelbagai cabaran pembangunan mapan diperjelaskan lagi melalui Lonjakan ke-3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 (PPPM (PT)) iaitu Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Melalui Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional 2011-2020, tiga (3) tonggak dalam pembangunan modal insan telah digariskan iaitu Sistem Persekolahan (Tonggak 1), Pengajian Tertiari (Tonggak 2) dan PSH (Tonggak 3).

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) didasarkan pada pendekatan pembelajaran formal, bukan formal dan tidak formal.

PSH formal merangkumi pembelajaran yang dilakukan dalam organisasi pembelajaran formal yang boleh memberikan kelayakan akademik atau bentuk pembelajaran yang diiktiraf.

Objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran daripada program ini lazimnya sangat teratur dan berstruktur dengan baik. 

Antara contohnya ialah sijil dan diploma di kolej komuniti dan politeknik, diploma eksekutif dengan MQA, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang ditawarkan oleh universiti awam dan swasta.

PSH bukan formal merupakan pembelajaran yang dilakukan di tempat alternatif yang bukan dalam persekitaran institusi yang formal. 

Program ini selalunya boleh jadi sistematik dan direka bentuk dengan baik. 

Walaubagaimanapun, penyertaan dalam PSH bukan formal tidak semestinya memberikan kelayakan akademik yang khusus.

PSH bukan formal pada amnya disediakan bagi pekerja yang sedang dalam perkhidmatan dan dirancang untuk pembangunan dan pengukuhan kemahiran profesional.

Antara contohnya ialah program professional / eksekutif tanpa MQA, atau latihan dalaman yang dilaksanakan oleh pihak organisasi pekerja dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pembangunan profesional, pengetahuan dan kemahiran para pekerja mereka swasta.

PSH tidak formal merupakan PSH yang paling kurang terstruktur daripada tiga bentuk ini. Pembelajaran dijalankan dengan objektif untuk menambah baik kualiti kehidupan masyarakat. 

Penyempurnaan PSH tidak formal tidak memberikan kelayakan akademik. Lazimnya PSH ini diikuti kerana minat individu atau inisiatif untuk memajukan dan menambah baik diri sendiri. 

PSH tidak formal mungkin mencakupi program berasaskan komuniti yang bertujuan menangani jurang kemahiran, keperluan masyarakat atau kebimbangan sosial yang memerlukan perhatian segera

Antara contohnya ialah seminar keusahawanan yang dilaksanakan oleh organisasi tertentu untuk membantu merubah dan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan masyarakat yang sedang menhadapi kesukaran dalam kehidupan mereka. 

Kesimpulannya, laluan Program Professional / Eksekutif adalah terkandung di dalam konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang merupakan suatu pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program-program yang dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah atau institusi pendidikan atau secara tidak formal iaitu berdasarkan pengalaman dan latihan ditempat kerja.

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan tahap produktiviti seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur, tetapi juga untuk memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan mereka. Secara tidak langsung, lebih ramai generasi dan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan di masa hadapan melalui program yang telah disediakan.

Sekiranya anda adalah:

  • Pekerja industri / swasta
  • Lulus SPM
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun

yang menghadapi masalah berikut:

  • Kesukaran melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di aliran perdana kerana tidak memenuhi syarat kelayakan SPM yang mencukupi
  • Tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi kerana kekangan di masa lalu
  • Kurang keyakinan dengan diri sendiri kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan kemahiran penting dalam kerjaya
  • Kesukaran untuk mendapatkan peningkatan dan kemajuan dalam kerjaya kerana majikan kurang yakin dengan kemampuan pekerja
  • Majikan tak yakin untuk menaikkan pangkat anda kerana
  • Anda hanya memiliki kelayakan akademik yang rendah 
  • Anda tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik berkaitan kerjaya anda 
  • Anda tertekan dengan masalah untuk mendapat peningkatan dalam kerjaya ke peringkat yang lebih baik
  • Anda risau dengan masa depan anda yang tiada kelayakan akademik yang baik
  • Anda tidak yakin dengan diri sendiri kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran yang di perlukan dalam kerjaya anda

 

Bagaimana kami dapat membantu:

  • Menyediakan peluang pembelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi melalui program Pembangunan Professional Berterusan / Pembelajaran Sepanjang Hayat hasil dari kolaborasi kami dengan Universiti Awam terbaik di Malaysia
  • Program ini di anugerahkan oleh Universiti Awam terbaik di Malaysia dan tidak tertakluk kepada badan pengiktirafan
  • Program Professional ini adalah Program Terminal yang bermaksud ianya tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian di aliran perdana.
  • Walaubagaimanapun, ia mempunyai laluan pendidikan yang tersendiri hingga ke peringkat lebih tinggi dari Universiti Awam terbaik di Malaysia.

Apa yang kami boleh tawarkan SEKARANG:

Syarat kemasukan adalah lebih fleksibel, tempoh pengajian yang lebih pendek dan yuran kursus yang lebih murah.

  • Syarat  Kemasukan

DIPLOMA PROFESIONAL

  • Lulus SPM / setaraf DAN
  • Memiliki pengalaman kerja yang berkaitan selama 2 tahun

ATAU

Lulus penilaian APEL MQA 

ATAU

  • Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 20 tahun ke atas pada tahun permohonan DAN
  • Memiliki pengalaman kerja yang berkaitan DAN
  • Lulus penilaian ROPE-UMP 

BACELOR EKSEKUTIF

  • Lulus Diploma / Diploma Eksekutif / Diploma Profesional dari mana-mana IPT Malaysia DAN
  • Memiliki pengalaman kerja 3 tahun  dalam bidang berkaitan 

ATAU

Lulus penilaian APEL MQA 

ATAU

  • Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan DAN
  • Memiliki pengalaman kerja yang berkaitan DAN
  • Lulus penilaian ROPE-UMP

MASTER EKSEKUTIF

  • Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan DAN 
  • Memiliki sekurang-kurangnya STPM / Diploma / Diploma Profesional / setara dari mana-mana IPT Malaysia DAN
  • Memiliki pengalaman kerja minimum 3 tahun sebagai Eksekutif dalam bidang berkaitan

ATAU

  • Lulus Sarjana Muda / Sarjana Muda Eksekutif dari mana-mana IPT Malaysia DAN 
  • Memiliki pengalaman kerja 3 tahun dalam bidang berkaitan 

ATAU

Lulus penilaian APEL MQA 

ATAU

  • Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke atas pada tahun permohonan DAN
  • Memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi atau syarikat sesuai dengan kelayakan yang diambil serta pengalaman kerja yang berkaitan DAN 
  • Lulus penilaian ROPE-UMP
  • Yuran pembelajaran yang sangat berpatutan.
  • Pembayaran yuran pengajian melalui 
  • Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Pembiayaan majikan
  • Pembiayaan sendiri – tunai bulanan (* bergantung kepada terma dan syarat)

Tawaran terbaik, dari kami:

  • Mode pengajian separuh masa
  • Tempoh pengajian 12 – 15 bulan
  • Jumlah Modul 11 – 18 Modul
  • Kelas 2 kali sebulan (Satu modul) secara hujung minggu
  • Masa 9.00 am – 6.00 pm
  • Pembelajaran secara atas talian (Blended Learning)
  • Penilaian kursus berasaskan tugasan, penilaian akhir (quiz, test, presentation) dan tiada peperiksaan akhir
  • Penganugerahan dari Universiti Awam terbaik di Malaysia dalam satu majlis konvokesyen

Apa tindakan yang anda boleh lakukan:

Daftar sekarang – Ambilan bulan September/ Oktober 2020

Permohonan adalah secara online 🡪 DAFTAR

Atau hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut :

019-429 9669 Dr Aidi – Prinsipal/Pengetua  Call / Whatsapp

Kredibiliti Kami

Selama 12 tahun telah membantu melahirkan hampir 500 graduan Universiti Awam dari kalangan pekerja industri / swasta yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di aliran perdana, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025) Pengajian Tinggi Negara Lonjakan ke-3 iaitu Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan hasrat kerajaan Malaysia dalam pembangunan Modal Insan.

Kami membantu:

  • Pekerja dari pelbagai industri / swasta untuk memperbaiki tahap kehidupan 
  • Pekerja industri / swasta yang keputusan SPM nya lemah yang tidak memungkinkan untuk sambung belajar melalui aliran perdana
  • Pekerja industri / swasta yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi 
  • Pekerja industri / swasta yang ingin meningkatkan kelayakan akademik ke tahap yang lebih baik 
  • Pekerja industri / swasta yang ingin meningkatkan keyakinan diri, pengetahuan dan kemahiran dalam kerjaya

Untuk mendapat

  • Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian lebih tinggi daripada Universiti Awam terbaik
  • Peluang untuk bergraduan dari Universiti Awam terbaik
  • Peluang meningkatkan kelayakan akademik ke tahap lebih baik
  • Peluang membina keyakinan diri
  • Peluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kerjaya
  • Peluang kemajuan dalam kerjaya

Agar 

  • Majikan anda nampak kemampuan terbaik anda sebagai seorang pekerja
  • Majikan anda nampak anda sebagai pekerja yang 
    • ada pengetahuan dan kemahiran professional
    • berkeyakinan tinggi dengan diri anda 
    • telah bersedia untuk peningkatan yang lebih baik dalam kerjaya

Pelajar kami terdiri dari kalangan:

  • Usahawan
  • Pengarah 
  • Pengurus
  • Penolong Pengurus
  • Penyelia
  • Penolong Penyelia
  • Kerani
  • Line Leader
  • Pelbagai lagi

Dalam industri:

  • Keusahawanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Pengangkutan dan Logistik
  • Pengurusan Rantai Bekalan
  • Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan
  • Perkhidmatan Guaman
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Pelbagai lagi

Apa tindakan yang anda boleh lakukan:

Daftar sekarang – Ambilan bulan September/ Oktober 2020

  • DAFTAR

Atau hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut :

019-429 9669 Dr Aidi  Call / Whatsapp 

Scroll to Top